LAPORAN POLIS! Azwan Ali Nafi Muatnaik Foto Jaafar Onn....

#Pengacara mulut laser, Azwan Ali menegaskan menjadi mangsa jenayah siber dan menafikan telah memuat naik foto Jaafar Onn sendang mandi buih sabun....

Baca Artikel Selanjutnya Di SINI
#Sehubungan itu Azwan atau lebih dikenali sebagai diva AA, telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada petang Rabu....

#Azwan membuat laporan polis ke atas pihak berkenaan berhubung gambar pelakon Jaafar Onn yang dikaitkan dengan dirinya.....

> "Saya tidak pernah memuatnaik foto pelakon tersebut di instagram , twitter serta blog milik saya. Apa yang boleh saya katakan saya telah menjadi mangsa jenayah siber....

Artikel Terbaru : PENYANYI TEGAR KINI KEMBALI JADI PENGEMIS SETELAH DITIPU?

> "Saya tidak tahu apa motif pihak yang tidak bertanggungjawab itu berbuat demikian dan saya juga tidak tahu bagaimana mereka melakukannya.....

> "Apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu fitnah yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan diri saya. Disebabkan itu saya telah membuat laporan polis. Berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya....

#Tambah Azwan, dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan jenayah siber tersebut....

#Terdahulu, Azwan Ali telah membuat dakwaan disihir seorang selebriti tua dan lembut menerusi program hiburan Melodi....

Artikel Berkaitan :  HOT! Foto Juliana Evans & Kaka Azraff Yang Perghhh Terliurrr

#Bagaimanapun kenyataannya itu telah dimanupulasi oleh pihak tertentu dengan mengaitkan dakwaan Azwan dengan pelakon Jaafar Onn sehingga tersebarnya foto yang kononnya dimuatnaik oleh pengacara sensasi tersebut....

> "Saya tidak pernah sebut siapa artis tua dan lembut itu dan saya juga tidak boleh halang masyarakat luar daripada membuat sebarang spekulasi. Itu hak mereka," katanya lagi.....


Sumber: Portal Murai

0 Response to "LAPORAN POLIS! Azwan Ali Nafi Muatnaik Foto Jaafar Onn...."

Post a Comment