TEGAR KINI KEMBALI JADI PENGEMIS SETELAH DITIPU?

#Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan....

Baca Artikel Selanjutnya Di SINI


#Umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga, Tegar yang pernah ditipu pengurus lamanya, sekali lagi diperlakukan demikian, tetapi oleh pengurus baru dikenali sebagai 'A'....

#Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan....

> “Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’....

Artikel Berkaitan : BERTAUBATLAH! Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat

> “Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport....

> “Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini...

#Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur...

Artikel Berkaitan : Jaafar Onn Mandi Buih, Azwan Ali Kata Bap*k Tua Tak Sedar Diri!

> “Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia....

> “Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’...

> “Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya...

#Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia...

> “Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta...

> “Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar...

> “Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya...

> “Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan...

0 Response to "TEGAR KINI KEMBALI JADI PENGEMIS SETELAH DITIPU?"

Post a Comment